Skuad Regu Negara Mudah Libas Jepun Pada Aksi Pertama Kumpulan A

Skuad regu negara berjaya memulakan langkah kanan dengan mengutip tiga mata penuh pada aksi pembukaan Kumpulan A Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 selepas menumpaskan Jepun 2-0 di Stadium Titiwangsa malam ini.


Ringkasan Set Perlawanan


Kelemahan Bahagian Serangan Perlu Diperbaiki

Ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun, mengakui bahawa barisan pemain memamerkan aksi yang sedikit longgar pada set kedua, terutamanya melibatkan aspek serangan dan pertahanan. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pertukaran pemain yang dilakukan itu mempunyai strategi tersendiri.

“Mungkin dari segi kesesuaian serangan dan juga pertahanan, kita sedikit longgar dan ini memberikan satu perkara yang perlu kita ambil perhatian khususnya kepada barisan pemain-pemain sebab kita nak biasakan pemain dengan merasa suasana yang agak tegang. Jadi, itu yang kita buat pertukaran supaya mereka dapat rasa suasana perlawanan pada edisi kali ini supaya mereka cepat settle down untuk perlawanan seterusnya,” — Ahmad Jais Baharun, Ketua Jurulatih Skuad Negara.


Perkembangan Kumpulan & Keputusan Lain


Sumber: BERNAMA

Exit mobile version