SpaceX Sumbang 50 Kit Starlink Sokong Kesiapsiagaan Bencana Negara, Kata PM Anwar

Syarikat aeroangkasa terkemuka dari Amerika Syarikat, SpaceX, telah menyumbangkan 50 kit Starlink kepada Malaysia bagi menyokong kesiapsiagaan bencana negara.

Sumbangan berkenaan disampaikan sewaktu delegasi SpaceX mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, yang turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Pengukuhan Kerjasama Strategik dan Liputan Pedalaman

Pertemuan tersebut merangkumi perbincangan mengenai pengukuhan kerjasama strategik melalui Starlink, terutamanya bagi meluaskan liputan rangkaian Internet satelit ke kawasan pedalaman:

Beliau menegaskan bahawa kemajuan teknologi mesti membawa manfaat nyata kepada seluruh lapisan masyarakat, sambil memastikan aspek keselamatan siber, perlindungan data, dan penggunaan yang selamat kekal menjadi keutamaan kerajaan.

SUMBER: BERNAMA

↑
Exit mobile version