SPR Tentukan Tarikh PRN Sarawak Ke-13 Hari Ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas di Kuching hari ini bagi menentukan tarikh-tarikh penting dan urusan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Mesyuarat khas berkenaan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, dan disusuli dengan sidang media bagi mengumumkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, serta daftar pemilih yang akan diguna pakai. Langkah ini diambil susulan pengumuman Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkuat kuasa 26 Oktober lepas. Berdasarkan Perkara 21 (4) Perlembagaan Negeri Sarawak, pilihan raya mesti dilaksanakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut.

Lanskap politik PRN ke-13 menyaksikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertanding sebagai blok pemerintah utama selepas menguasai 76 daripada 82 kerusi DUN pada PRN ke-12 (2021). Kedudukan GPS semakin kukuh berikutan pembubaran Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada 2024 yang menyaksikan tiga bekas ADUN parti itu menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP), manakala seorang lagi berkhidmat sebagai ADUN Bebas.

Sumber Asal: BERNAMA

↑
Exit mobile version