Subsidi RON95 Disasar Semula, Mekanisme Baharu Diumum Akhir September

Kerajaan dijangka mendedahkan butiran penuh pelaksanaan penyasaran semula subsidi petrol RON95 pada penghujung September ini, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lalu.

Menurut Kementerian Kewangan, proses pembangunan dan ujian mekanisme baharu sedang giat dijalankan bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar sebaik ia dikuatkuasakan. Data daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, dan Jabatan Perangkaan sedang diperhalusi untuk memastikan subsidi benar-benar sampai kepada golongan sasaran.

Melalui sistem ini, subsidi RON95 akan disalurkan secara bersasar menggunakan MyKad. Golongan rakyat berpendapatan rendah akan menikmati harga subsidi RM1.99 seliter, manakala mereka yang tidak layak — termasuk bukan warganegara — perlu membayar harga pasaran tanpa subsidi.

Langkah penyasaran ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengawal perbelanjaan subsidi bahan api, di samping menyalurkan bantuan kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan.

Sumber – Bernama

Exit mobile version