X
  • Home
  • Tempatan
  • Syria
  • Palestin
  • Gaza
UMMAHToday | Sumber Berita Mutakhir Ummah

Syafakallah Tuan Guru Hadi Awang

Hadi Awang dikejar ke IJN

Adli Effendy
5 years ago

KUALA LUMPUR : “Mohon doa dan solat hajat untuk Tuan Guru” seru anak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam laman Facebook miliknya.

Beliau berkata, ayahandanya kini berada dalam keadaan stabil, bagaimanapun rawatan susulan masih perlu diterima di Institut Jantung Negara (IJN).

Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, turut menerima mesej-mesej dan berita palsu yang disampaikan orang awam berkenaan ayahnya.

“Saya turut menerima pertanyaan tentang mesej-mesej yang tersebar, kebanyakannya adalah tidak benar dan ditokok tambah.” – Muhammad Khalil / Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk

Muhammad Khalil berkata, beliau sedia memaklumkan keadaan ayahnya dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah dikejarkan ke Hospital Putrajaya setelah mengalami sesak nafas, sebelum dirujuk ke IJN.

Beberapa hari kemudian, Ahli Parlimen Marang itu dibenarkan keluar.

Walaubagaimanapun, 28 April lalu, Abdul Hadi sekali lagi dimasukkan ke IJN bagi menerima rawatan lanjut.

 

Syafakallah ;

Semoga Allah memberi kesembuhan. Amiin

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

Related Articles
  • Piala Dunia Sepak Takraw 2026: Malaysia Tidak Pandang Remeh Acara Kuadran; Waspada Ancaman India & Korea Selatan
  • Piala Thomas 2026: Perancis dan Taiwan Jadi ‘Kuda Hitam’, Amaran Buat Malaysia – Rashid Sidek
  • Kenaikan Harga Minyak, Insentif Cukai Bakal Percepat Peralihan Rakyat Malaysia Kepada EV
  • Datuk Seri Abdul Hadi Awang stabil – anak
    Date
    February 15, 2021
    In relation to
    Semasa
  • Presiden PAS dimasukkan ke IJN
    Date
    April 29, 2021
    In relation to
    Semasa
  • Mohd Shukri Ramli umum letak jawatan sebagai Menteri Besar Perlis atas faktor kesihatan
    Date
    December 26, 2025
    In relation to
    Politik
Categories: Kesihatan, Semasa
Tags: IJN, PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang
↑
Home Tempatan Syria Palestin Gaza
Exit mobile version