Turath Perlu Diperkasakan Depani Perubahan Zaman, AI — PM Anwar

Tradisi turath perlu terus diperkasakan supaya kekal relevan dan menjadi pedoman utama kepada generasi masa kini serta akan datang dalam mendepani cabaran dunia yang pesat berubah, termasuk era perkembangan kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa ilmu turath bukan sekadar warisan sejarah, sebaliknya merupakan akar tunjang yang membentuk akidah, pemikiran, serta jati diri umat Islam.

“Dalam dunia yang berubah pantas, termasuk perkembangan AI, tradisi turath perlu terus diperkasakan agar kekal relevan dan menjadi pedoman generasi masa kini serta masa hadapan. Inilah amanah kita untuk memastikan khazanah ilmu ini terus hidup, berkembang dan menyumbang kepada kekuatan umat,” kata Anwar menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau.

Kenyataan berkenaan disertai dengan perkongsian video berdurasi seminit yang memaparkan suasana Majlis Perasmian Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan bersempena dengan Festival Turath Islami Malaysia 2026 yang berlangsung di Putrajaya.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version