
LONDON: Kerajaan baharu Britain diketuai Perdana Menteri, Rishi Sunak pada Khamis buat masa ini tidak mempunyai sebarang hasrat untuk memindahkan Kedutaan United Kingdom (UK) di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Idea itu disuarakan semasa kepimpinan bekas Perdana Menteri Liz Truss dan beliau mengarahkan semakan mengenai perkara itu dilakukan, lapor Agensi Anadolu.
“Ia telah disemak. Tiada rancangan untuk memindahkan kedutaan Britain,” kata jurucakap kerajaan kepada pemberita.
BREAKING: British PM Rishi Sunak has abandoned plans initiated by Liz Truss to move Britain’s embassy in occupied Palestine to Jerusalem. pic.twitter.com/plPEccWd1X
— MintPress News (@MintPressNews) November 3, 2022
Duta Palestin ke UK, Husam Zomlot mengucapkan terima kasih kepada pepimpinan baharu itu dan berpendapat persoalan mengenai lokasi Kedutaan UK tidak sepatutnya timbul sejak dari awal lagi.
“Kami menyeru kerajaan British memainkan peranan aktif, mengiktiraf negara Palestin, mengesahkan sokongan UK terhadap hak pelarian Palestin, mengharamkan semua barangan dan produk daripada penempatan di wilayah yang diduduki dan mengenakan sekatan terhadap syarikat yang mengaut keuntungan,” katanya.
Cikgu Azmi juga menyelar Rishi yang merujuk negara Yahudi sebagai ‘suar harapan yang bersinar,’ menyatakan keazaman untuk menghapuskan ‘bencana’ antisemitisme, adalah gambaran bagaimana Perdana Menteri UK itu kekal sebagai penyokong konsisten Yahudi Zionis sejak Deklarasi Belfour.