
KAHRAMANMARAS: Seorang mangsa gempa bumi di selatan Turkiye yang juga warga emas tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai umat Islam dengan meminta air bagi membolehkannya berwuduk untuk menunaikan solat walaupun masih terperangkap di sebalik runtuhan bangunan.
Paparan video berdurasi 36 saat yang menyentuh hati itu dimuatnaik oleh wartawan, Muhammad Smiry di Twitter dan dilaporkan dirakam di satu daripada kawasan terjejas di Turkiye.
Berdasarkan video itu, warga emas berkenaan masih tidak dapat dikeluarkan pasukan penyelamat kerana terdapat halangan.
Sehingga kini, usaha mencari dan menyelamat masih giat dijalankan di selatan Turkiye dan utara Syria susulan gempa yang menggegarkan wilayah itu pada Isnin lalu.
Operasi bukan saja disertai anggota keselamatan, orang awam juga turut turun padang membantu bagi membolehkan proses membawa keluar waris keluarga dan jiran dapat disegerakan.
MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia