
RAMALLAH: Pasukan pendudukan israel menahan tanpa sebab sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin dalam serbuan di rumah mereka di wilayah yang diduduki, menurut pelbagai sumber.
Tiga rakyat Palestin ditahan di kejiranan Isawiyya di Baitulmaqdis Timur yang diduduki selepas pasukan khas menceroboh rumah keluarga mereka dan ditahan di jalanan.
Konfrontasi berlaku semasa serbuan dan pasukan menggunakan air yang busuk terhadap penunjuk perasaan.
Seorang lagi warga Palestin ditahan di rumahnya di bandar Abu Dis, timur Baitulmaqdis.
Seorang budak lelaki berusia 17 tahun telah ditahan di rumah keluarganya di Tulkarm, di utara Tebing Barat, dan dua bekas banduan telah ditahan di bandar Nablus berikutan serbuan di rumah mereka.
Seorang lagi ditahan di bandar Jifna, Ramallah, dan seorang ditahan di Hebron, selatan Tebing Barat, menurut sumber.
Setiap hari akan ada penduduk Palestin yang tidak bersalah akan ditahan oleh zionis israel sejak sekian lama. Rumah dan harta benda mereka turut dimusnahkan.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini