Ade Azhar Trading pilih MAPIM Malaysia sebagai rakan kerjasama untuk bantuan kemanusiaan
Ade Azhar hulurkan RM50000 untuk Tabung Gaza

Bangi : Selama 12 tahun Ade Azhar Trading bergerak sendirian membuat kerja-kerja kebajikan seperti mengedarkan Al Quran secara percuma untuk maahad tahfiz di seluruh Malaysia, membaiki pengajian tahfiz yang uzur, dan pelbagai lagi jenis bantuan.

Ade Azhar Trading yang diwakili oleh Pengarah Eksekutif Tuan Haji Ade Azhar Ismail, merasakan ia belum cukup. Untuk bergerak lebih jauh ke hadapan dan memberi lebih impak dalam urusan kebajikan mereka perlukan rakan kerjasama.

Ade Azhar Trading diperkenalkan kepada MAPIM Malaysia oleh Yayasan Qoyyum. Selepas meneliti keupayaan dan kejayaan MAPIM Malaysia dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan di dalam negara dan di luar meliputi 40 buah negara, Ade Azhar akhirnya memilih MAPIM Malaysia sebagai rakan kerjasama.
Menurut Pengarah Eksekutif Ade Azhar Trading, Ade Azhar Ismail, “Kami mencari tempat, di mana kami boleh menyalurkan bantuan supaya lebih ramai yang mendapat manfaat. Alhamdulillah, kami diperkenalkan dengan MAPIM Malaysia. Kami berterima kasih dengan MAPIM kerana sudi menerima kami.”
Bagi menandakan kerjasama antara MAPIM Malaysia dan Ade Azhar, suatu majlis menandatangi Memorandum Persefahaman (MOU) antara MAPIM Malaysia dan Ade Azhar diadakan di Wisma MAPIM Malaysia.


Dalam majlis itu juga Ade Azhar Trading telah memberikan sumbangan berjumlah RM50,000 untuk Tabung Gaza, dan 2714 naskah Al Quran Premium yang bernilai RM950,0000. Yang mana sumbangan tunai itu akan terus dimasukkan ke dalam enam sektor yang kritikal di Palestin. Manakala naskah Al Quran itu akan diedarkan oleh MAPIM Malaysia kepada Maahad Tahfiz yang memerlukan dalam Kempen Jelajah Peduli Ummah yang akan diadakan kelak.
MAPIM Malaysia yang diwakili oleh CEO MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery, berkata, “Kerja-kerja peduli ummah perlu ada grand planningnya. Semakin lama kita berada dalam kerja peduli ummah lagi ramai yang kita akan gandingkan. Itulah yang akan membuatkan kerja-kerja peduli Ummah itu naik satu tingkat ke satu tingkat. Kami sangat berbesar hati menerima Ade Azhar berganding sebagai rakan kerjasama kami.”
Dalam hal berkaitan, (Dr.) Sani Araby Al Kahery juga memaklumkan bahawa MAPIM Malaysia akan menghantar 10 buah lagi kontena bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam tempoh masa terdekat. Ia adalah kesinambungan sumbangan tiga buah kontena yang dihantar MAPIM ke Palestin sebelum Ramadan lepas.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia