BanjirDomestikKemanusiaanSemasa
Trending

BALING BANJIR – “MAPIM berusaha sedaya upaya laksana amanah Ummah” – Sani Araby

Sukarelawan MAPIM berjaya bersihkan 20 dari 50 sasaran rumah pada hari kedua misi

BALING : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM MALAYSIA) mengerakkan bantuan kemanusiaan awal ke Baling  dengan kehadiran 40 buah pacuan empat roda MAPIM RANGERS di sana sejak Selasa.

Disusuli bantuan tenaga manusia, waterjet, aset-aset penyelamat, bekalan air bersih & lebih 500 kotak bantuan yang dibawa oleh para sukarelawan MAPIM pusat yang berpengalaman menghadapi situasi pasca bencana pada Rabu.

Menurut Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al-Kahery, fokus bantuan tertumpu kepada usaha gotong-royong membersihkan rumah mangsa & pengagihan secara tumpu 500 buah kotak bantuan makanan serta keperluan asas lainnya.

Dr.Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia

“Misi Bantuan kemanusiaan diteruskan sehingga Jumaat dan dalam masa sama MAPIM Mobile Kitchen digerakkan ke lokasi bencana bagi menyediakan makanan panas & segar kepada mangsa banjir termasuk petugas lapangan serta frontliner yang berhempas pulas membantu sejak dari hari pertama. Insyallah Mobile Kitchen kita ini boleh masak sehari untuk 1500 orang secara terus di tempat kejadian. Usaha kerdil ini diharapkan sedikit-sebanyak mampu meringankan beban pihak yang terkesan dengan musibah bencana ini.

“MAPIM Malaysia berusaha sehabis daya menyalurkan bantuan yang telah diamanahkan oleh rakyat Malaysia menerusi tabung kemanusiaan MAPIM,” katanya.

Menurutnya lagi, setakat petang tadi, 20 buah rumah berjaya dibersihkan dan tim MAPIM RANGERS akan terus bertugas di sana sehingga mencapai sasaran mereka iaitu sebanyak 50 buah rumah.

“Pihak kita tidak akan pergi rumah lain selagi rumah sedia-ada tidak dicuci sepenuhnya dan sempurna. Team MAPIM RANGERS dilatih untuk santuni serta bersihkan setiap rumah seperti rumah sendiri ” – kata Mejar Azari Aziz selaku Ketua MAPIM RANGERS yang memimpin Misi Bantuan Bencana Banjir Baling Kali ini.

Dalam pada itu, (Dr.) Sani juga memberitahu bahawa meskipun sasaran sumbangan kewangan kepada mangsa banjir adalah sebanyak RM50,000 , namun jumlah terkumpul masih belum jauh dibawah sasaran, namun mereka terus komited & fokus menghantar bantuan awal ke sana. MAPIM MALAYSIA mempunyai gudang bantuan di Sepang yang menjadi hub sokongan awal membantu mangsa banjir dalam negara menerusi gerakkan pihak selain kerajaan.


MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button