Kemanusiaan

Bantu Afrika dengan ibadah korban

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

Melihat kesempitan hidup yang dialami oleh penduduk di Afrika, tidak terbayang dek akal fikiran, bagaimana mereka mahu meneruskan kehidupan tanpa bekalan makanan yang mencukupi.

Bagaimana agaknya, perasaan ibu ayah yang tiada wang tetapi mahu membeli makanan untuk anak-anak mereka? Bertambah pilu hati ibu ayah apabila melihat anak mereka tidak cukup zat untuk membesar.

Lihat saja tubuh anak-anak Afrika yang tidak cukup makan, dan mereka membuat pelbagai jenis kerja berat hanya untuk mengalas perut.

Di Afrika ada diantara mereka yang ditindas dan mengalami kebuluran. Mereka sangat memerlukan makanan hingga ada yang mengikis tulang haiwan hanya kerana ingin mengisi perut.

Atas sebab itulah wujudnya keperluan untuk masyarakat Islam bagi melakukan ibadah korban di Afrika bagi membantu penduduk di sana yang sangat fakir miskin.

Semoga dengan ibadah korban yang dilakukan, anak-anak Afrika akan mendapat bekalan daging yang segar dan berkhasiat dengan harapan mereka akan gembira walaupun ia cuma setahun sekali.

Jadi rebutlah peluang menyertai ibadah Qurban kerana ia merupakan amalan yang mendekatkan kita kepada Allah SWT.

Dalam hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).Riwayat Tarmizi

Marilah sama-sama kita membantu saudara Islam kita di sana dalam melakukan ibadah korban Afrika apatah lagi dengan kos ibadah korban di situ lebih murah berbanding di Malaysia. Insya-Allah ramai yang mampu untuk melakukan ibadah ini.

Semoga dengan sedikit bantuan yang kita berikan ini akan memberi kegembiraan di wajah mereka.

Mari melaksanakan ibadah korban bersama MAPIM Malaysia.
Mengapa MAPIM Malaysia?

✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.

Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.

Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.

“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.” 
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Bersama saudara budiman untuk sertai ibadah korban dan maklumat lanjut, layari : www.ibadahqurban.com

ATAU

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016. 

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button