DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

AS menyeru tentera Israel dan Palestin untuk berdamai

WASHINGTON: Agensi Anadolu melaporkan, Amerika Syarikat (AS) menyatakan kebimbangan terhadap keganasan di perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dan menggesa semua pihak untuk damai.

“Kami menyeru semua pihak mengelakkan sebarang tindakan provokatif dan retorik serta mengekalkan status quo bersejarah di Haram al-Sharif.

“Kami menggesa tentera Israel dan pegawai Palestin bekerjasama meredakan ketegangan demi memastikan keselamatan semua pihak,” kata jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price dalam satu kenyataan.

Price berkata, perkembangan semasa dipantau rapat oleh agensi itu dan akan berhubung dengan pegawai tertinggi Palestin dan Israel untuk mencari jalan penyelesaian.

Sejak awal April lagi, Israel telah berulang kali melakukan serbuan di seluruh wilayah Palestin untuk menahan warga Palestin yang ‘dikehendaki’.

153 rakyat Palestin cedera apabila berlaku pertempuran meletus antara tentera Israel dan penduduk Palestin selepas solat subuh di perkarangan masjid Al-Aqsa.

Sementara itu, Lembaga Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin memaklumkan tentera Israel menahan 400 warga Palestin dalam serbuan itu.

– Agensi

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today

 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button