Demokrat Terkemuka Menggesa Pentadbiran Trump Desak Israel Hentikan Serangan Peneroka Haram di Tebing Barat

Ketua Minoriti Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Hakeem Jeffries, mendesak pentadbiran Presiden Donald Trump supaya mengenakan tekanan ke atas kerajaan Israel bagi melindungi orang awam Palestin daripada siri serangan peneroka haram yang semakin berleluasa di Tebing Barat.

Menerusi hantaran di platform media sosial X, Jeffries menegaskan bahawa tindakan peneroka haram mengepung kediaman rakyat Palestin adalah perbuatan melanggar undang-undang dan tidak boleh diterima sama sekali. Beliau menyeru Washington agar memaksa Israel mengambil langkah konkrit bagi melindungi nyawa, harta benda, serta sumber pendapatan penduduk tempatan.

Serangan Peneroka Haram dan Tindakan Tentera Meluas

Kenyataan keras pimpinan Demokrat itu menyusul di tengah-tengah kebimbangan antarabangsa berhubung pencerobohan peneroka haram yang disokong tentera Israel, termasuk insiden pengepungan rumah penduduk Palestin di kampung Qusra.

Laporan PBB sebelum ini memberi amaran bahawa keganasan di Tebing Barat telah mencapai tahap amat membimbangkan, dengan mendokumentasikan lebih 1,430 serangan yang menyasarkan kira-kira 260 komuniti Palestin sejak awal tahun ini. Pencerobohan serta perobohan harta benda tersebut telah menyebabkan sekurang-kurangnya 3,800 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal.

Di lapangan, siri insiden baharu terus dilaporkan di pelbagai kawasan:

Menurut sumber rasmi Palestin, sejak konflik tercetus pada Oktober 2023, serangan oleh tentera Israel dan peneroka haram di Tebing Barat telah meragut lebih 1,183 nyawa, mencederakan sekitar 13,000 penduduk, dan menyaksikan hampir 25,000 individu ditahan.

Sumber Laporan: TRT World & Agensi

Exit mobile version