Dimusnahkan dua kali oleh rejim zionis, Masjid Umar Abdul Aziz tetap berdiri megah
Tetap melawan
Gaza : Entah mengapa Masjid Umar Abdul Aziz sentiasa menjadi sasaran bedilan tentera rejim zionis. Ia musnah pada tahun 2009 akibat bedilan jet rejim, kemudiannya MAPIM Malaysia dengan sumbangan rakyat Malaysia membangunkan lagi Masjid Umar Abdul Aziz, dan menjadi masjid ke-8 MAPIM di Gaza. Masjid yang tercantik di Gaza ketika itu.
Pada tahun 2014, rejim sekali lagi membedil Masjid Umar Abdul Aziz dengan tiga buah roket. Sekali lagi Masjid Umar Abdul Aziz tersungkur dan hancur. Keadaan itu membuatkan semua pihak yang terlibat berasa marah dan sedih.
Almarhum Haji Abdul Aziz Abu Bakar sekali lagi berusaha mengumpulkan dana bagi pembinaan semula Masjid Umar Abdul Aziz. Untuk beliau, tidak akan ada kata kalah dan putus asa.
Dana yang diperoleh segera disalurkan bagi pembinaan semula Masjid Umar Abdul Aziz untuk kali ketiga. Pada waktu itu, percaturan semakin lebih berstrategi. MAPIM Malaysia memahami Masjid Umar Abdul Aziz sudah menjadi ‘sasaran wajib’ pihak zionis. Pada ketika yang sama ada beberapa sektor kritikal lain yang juga perlukan dana.
Akhirnya selepas dua tahun, pada tahun 2017 dengan dana yang ada, MAPIM Malaysia membina sebuah musolla yang sedikit jauh dari tapak asal dan lebih sederhana binaannya. Ini bagi memastikan ia tidak menjadi sasaran pengeboman jet rejim.
Pembinaan musolla ini bukan sekadar bagi memudahkan urusan ibadah tetapi juga memberi perlambangan bahawa MAPIM dan penduduk Gaza tidak akan tunduk dengan tekanan zionis. Ini juga tanda komitmen MAPIM Malaysia terhadap penduduk Gaza bukan bermusim.
Walaupun musolla ini lebih kecil dan sangat sederhana, tetapi ia tetap berdiri megah dengan laungan azan dan aktiviti keagamaan. Rejim zionis mungkin tidak sedar, bahawa kemegahan dan kekuatan Islam bukan terletak pada binaan, tetapi pada semangat dan pengamalan agamanya.
Menurut Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol, Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, “Kisah Masjid Umar Abdul Aziz ini tidak akan berakhir begitu sahaja. Pembinaan musolla ini adalah tanda MAPIM Malaysia sangat fleksibel dan berstrategi dalam memperjuangkan agenda Ummah. Alhamdulillah. Sehingga setakat ini Allah izinkan musolla ini selamat daripada serangan rejim.”
Sehingga setakat ini, MAPIM Malaysia sudah mempunyai rancangan bagi pembinaan semula Masjid Umar Abdul Aziz pada skala asal, namun keadaan di Gaza yang belum menentu, rancangan itu ditangguhkan terlebih dahulu.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia