BAITULMAQDIS: Pelampau israel yang mengambil bahagian dalam perarakan provokatif menyerang dan memukul beberapa orang awam Palestin di Kota Lama Baitulmaqdis, menurut sumber tempatan.
lsraeli occupation forces assault a Palestinian woman in Jerusalem. pic.twitter.com/KMszVgd8dX
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) May 18, 2023
Wartawan WAFA melaporkan, sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin diserang oleh pelampau israel yang mengambil bahagian dalam perarakan mengibarkan bendera provokatif melalui Kota Lama Baitulmaqdis, acara tahunan meraikan pengilhakan haram israel ke atas Baitulmaqdis Timur yang dijajah.
Sejak awal pagi hari ini, beribu-ribu tentera penceroboh Israel dikerahkan di dalam dan sekitar Baitulmaqdis dan bandar lamanya untuk mengamankan perarakan bendera provokatif tahunan.
Polis dikerahkan di persimpangan utama di bandar itu, dan sekatan jalan raya dijalankan di jalan-jalan utama yang mengganggu kehidupan normal penduduk Palestin di bandar itu.
Sementara itu, penduduk Palestin juga mengibarkan bendera Palestin di Baitulmaqdis dan wilayah yang dijajah serta mengadakan perhimpunan bendera di bandar-bandar Tebing Barat sebagai tanda penentangan perarakan itu diadakan.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia