KemanusiaanPalestin

Diplomat UK kecam keganasan peneroka haram Yahudi semasa lawatan ke Tebing Barat

Gaza : Timbalan konsulat jeneral UK ke Baitulmaqdis memberitahu penyelesaian damai antara Palestin dan israel sedang digagalkan oleh keganasan peneroka haram Yahudi terhadap Palestin. Dia menyeru pihak berkuasa Israel untuk lebih bertanggungjawab terhadap peneroka haram itu.

Alison McEwen ke Tebing Barat yang dijajah kerana peningkatan penempatan haram Yahudi dan keganasan peneroka haram terhadap rakyat Palestin.

McEwen telah melawat perkampungan Burqa di Ramallah dan wilayah Ein Samiya pada hari Khamis untuk melihat perkembangan terkini di wilayah itu.

Dia menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin.

“Penempatan ini adalah menyalahi undang-undang,” katanya, sambil menambah bahawa penyelesaian damai dua negara sedang cuba digagalkan.

Beliau menambah ramai rakyat Palestin dianiaya dan diintimidasi oleh peneroka haram Yahudi.

McEwen berkata hak rakyat Palestin untuk hidup dengan aman dan damai harus dijamin.

 

Related Articles

Back to top button