Polis israel bunuh budak lelaki Palestin di Tebing Barat

Tebing Barat : Polis Israel menembak mati seorang budak lelaki berusia 14 tahun yang didakwa pegawai israel melakukan serangan pisau di Baitulmaqdis Timur yang dijajah.
Polis Israel telah menembaik budak lelaki Palestin itu di stesen kereta api ringan Baitulmaqdis Timur, kata pegawai Israel. Tidak jelas sama ada budak lelaki itu, bersenjata apabila dia dibunuh
Dalam kejadian lain, tentera israel berkata letupan lewat malam di Nablus mencederakan seorang pegawai tentera Israel dan tiga tentera lain.
Anggota tentera telah dipindahkan ke hospital berdekatan untuk rawatan.
Seorang cedera sederhana, dan selebihnya hanya mengalami luka ringan.
Keganasan israel telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 222 rakyat Palestin tahun ini.
Sekurang-kurangnya 31 warga israel, seorang warga Ukraine dan seorang Itali, turut terbunuh tahun ini, menurut agensi berita AFP berdasarkan sumber rasmi kedua-dua pihak.
Israel telah menduduki Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur sejak 1967.
Kira-kira 700,000 peneroka haram Yahudi kini tinggal di kedua-dua kawasan, di penempatan yang dianggap sebagai haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Israel telah menguatkuasakan sekatan dari darat, udara dan laut yang melumpuhkan Gaza Palestin sejak 2007, menyekat pergerakan orang ramai dan barangan serta melanggar undang-undang antarabangsa yang memastikan hak setiap orang untuk mengakses keperluan asas.