DKU Tegaskan Tuanku Muhriz Kekal Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) menegaskan bahawa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kekal sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang sah.

Setiausaha Dewan, Raja Norazli Raja Nordin, dalam satu perutusan khas menyatakan bahawa tidak wujud sebarang kekosongan jawatan tersebut kerana Tuanku Muhriz dipilih dan ditabalkan secara sah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS).

DKU menjelaskan perkara berikut:

Status Semasa Penyandang Pesaka:

Berdasarkan keputusan dan nasihat Dewan, status beberapa jawatan adalah seperti berikut:

Jawatan Penyandang Semasa / Status Nota
Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir Kekal dan diiktiraf sah.
Undang Luak Sungei Ujong Datuk Klana Petra Muhammad Faris Johari Mubarak Thahak diberhentikan berkuat kuasa 13 Mei 2025.
Undang Luak Rembau Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid Abdul Rahim Yasin tidak pernah dilantik secara sah kerana tidak menyempurnakan Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang.
Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammed Abdullah
Undang Luak Jelebu KOSONG Maarof Mat Rashad diberhentikan berkuat kuasa 31 Mei 2023.
Dato’ Shahbandar Sungei Ujong KOSONG Badarudin Abdul Khalid terhenti jawatan melalui Luruh Pusaka pada 30 Julai 2026.

DKU menyeru semua penjawat awam untuk terus mentadbir negeri mengikut undang-undang yang sah dan meminta semua pihak menghormati prosiding mahkamah serta tidak menggunakan adat sebagai alasan untuk mengetepikan UUTKNS 1959.

↑
Exit mobile version