FAHMI SERU SETIAP KEMENTERIAN ANJUR PROGRAM ‘FLAGSHIP’ SEMPENA HKHM KE-70

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, menyeru setiap kementerian supaya menganjurkan program utama atau “flagship” masing-masing bagi menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun depan, sekali gus meraikan ulang tahun ke-70 kemerdekaan negara.

Fahmi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk HKHM, menggesa agar perancangan awal dimulakan segera melalui penyelarasan bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, dan ketua-ketua setiausaha kementerian bagi memastikan sambutan bersejarah itu diraikan secara lebih istimewa.

Semasa berucap pada Majlis Penutup dan Apresiasi HKHM 2026, beliau mendedahkan beberapa pencapaian serta cabaran penganjuran HKHM tahun ini:

Pada majlis berkenaan, Fahmi turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 22 jawatankuasa penganjur yang berjaya memperkukuh jaringan kerjasama merentas pelbagai kementerian, agensi kerajaan, dan badan sukarela.

Sumber asal: BERNAMA

↑
Exit mobile version