HARIMAU MALAYA B-15 AKHIRI SAINGAN KUMPULAN H DI TEMPAT KEDUA KEPADA MEXICO

Impian skuad Harimau Malaya Bawah 15 Tahun (B-15) untuk mengungguli Kumpulan H pada kejohanan Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 tidak kesampaian apabila tewas 0-1 kepada Mexico dalam perlawanan sengit di Baku, Azerbaijan hari ini.

Gol tunggal oleh Mexico pada minit ke-18 perlawanan sudah cukup untuk mengesahkan kedudukan mereka sebagai juara Kumpulan H dengan mengumpul 15 mata penuh selepas lima perlawanan.

Malaysia yang terpaksa berpuas hati di tangga kedua kumpulan dengan 10 mata (hasil daripada tiga kemenangan dan satu keputusan seri menentang Hungary) kini akan mengalihkan fokus kepada fasa seterusnya:

Sumber asal: BERNAMA

↑
Exit mobile version