Gaza Kekal Lokasi Paling Berbahaya di Dunia Bagi Pekerja Bantuan

Semenanjung Gaza kekal sebagai wilayah paling berbahaya di dunia buat pekerja bantuan kemanusiaan pada tahun 2025, sekali gus mencatatkan rekod buruk itu untuk tahun ketiga berturut-turut.

Menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seramai 186 pekerja kemanusiaan telah terkorban di Gaza sepanjang tahun 2025, dengan lebih dua pertiga daripada jumlah kematian tersebut berpunca daripada serangan udara rejim Israel.

Sudan berada di kedudukan kedua terburuk dengan 71 kematian pekerja bantuan direkodkan berikutan pertempuran berterusan di negara berkenaan.

Sumber: TRT World (Data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu / PBB)

Exit mobile version