Israel Rancang Pembinaan 2,300 Unit Perumahan Baharu, Luaskan Penempatan Haram di Baitulmaqdis Timur

Pihak berkuasa Israel merancang membina 2,300 unit perumahan baharu bagi meluaskan penempatan haram Gilo yang terletak di tanah Palestin di barat daya Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Israel, Ir Amim, pelan projek ini menggunakan tanah Palestin yang dirampas di bawah Undang-undang Harta Orang Tidak Hadir (Absentees’ Property Law). Projek berkenaan bermatlamat memisahkan lagi kawasan Baitulmaqdis Timur daripada kawasan Bethlehem di Tebing Barat.

Antara fakta utama berkaitan pelan perluasan penempatan haram ini termasuk:

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti antarabangsa menegaskan bahawa penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki adalah menyalahi undang-undang antarabangsa dan menjejaskan prospek penyelesaian dua negara secara damai.

Sumber: TRT World

Exit mobile version