
KUALA LUMPUR: “Seorang anak yang dianiayai bapanya dari sudut seksual dan emosi bukanlah satu isu yang kecil. Saya tidak pasti kebenarannya kerana satu-satunya kaedah untuk mensahihkannya adalah muka pengadilan. Tindakan untuk melaporkan ke balai polis adalah amat wajar dan paling utama.” tulis Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada posting terbaharunya di Facebook.
Tugas ‘menghukum’ bagi isu penganiayaan sebegini terletak di bawah bidang kuasa pihak berautoriti. Atas faktor tersebut, masyarakat perlu dididik untuk bersikap lebih berhati-hati.
Menurutnya, apabila berlaku konflik kekeluargaan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, ia adalah saat terbaik masyarakat untuk kembali muhasabah peranan masing-masing sebagai anak dan ibu bapa serta memperkukuh kekurangan yang ada pada isu dalaman keluarga masing-masing.
Menurut peguam, Ng Xin Ru, tiada had masa ditetapkan untuk pendakwaan terhadap sebarang kes jenayah.
Biarpun insiden ini dipercayai berlaku kira-kira 10 tahun lalu, bapa Aqish boleh didakwa atas kesalahan-kesalahan berikut.#PuteriBalqis #mahkamah #themerdekatimes pic.twitter.com/sgzIedODJ7
— The Merdeka Times (TMT) (@TheMerdekaTimes) September 6, 2022
Ia akan menentukan bagaimana kesudahannya bagi si anak samada masalah itu dipendam dan anak terus merana, atau dibongkar sehingga orang ramai pula yang menghakimi.
Beliau menyimpulkan, kita perlu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada sistem perundangan kita. Di samping itu, sebagai Muslim yakinlah Allah Maha Adil lagi Bijaksana. Besarnya tanggungjawab ibu bapa, besar juga dosa yang ditanggung jika amanah tidak dilunaskan sebaiknya.