Itamar Ben-Gvir Serbu Masjid Ibrahimi: Palestin Beri Amaran Keras Perpecahan Tapak Suci

Menteri Keselamatan Negara Israel yang berhaluan kanan ekstrem, Itamar Ben-Gvir, telah melancarkan pencerobohan ke atas Masjid Ibrahimi di Hebron, selatan Tebing Barat, bersama ratusan peneroka haram Israel.

Tindakan provokasi itu dilakukan pada hari Selasa, sehari selepas Ben-Gvir turut memecah masuk ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur semasa cuti perayaan Sukkot kaum Yahudi.

Penutupan Masjid dan Larangan Solat

Pihak berkuasa Israel sebelum itu mengumumkan bahawa Masjid Ibrahimi akan ditutup sepenuhnya kepada jemaah Muslim sepanjang tempoh perayaan Sukkot.

Sejarah dan Latar Belakang Perpecahan

Masjid Ibrahimi terletak di Bandar Lama Hebron, kawasan di bawah pendudukan penuh Israel yang dikawal ketat oleh kira-kira 1,500 askar bagi melindungi sekitar 400 peneroka haram.

Tapak suci tersebut telah dibahagikan oleh pihak Israel sejak tahun 1994 — dengan 63 peratus memperuntukkan kepada orang Yahudi dan 37 peratus kepada orang Islam — susulan tragedi pembunuhan beramai-ramai terhadap 29 jemaah Palestin oleh seorang peneroka ekstremis. Di bawah peraturan unilateral rejim, masjid itu ditutup sepenuhnya kepada umat Islam selama 10 hari setiap tahun sempena hari keagamaan Yahudi, dan sejak perang genosid di Gaza bermula pada Oktober 2023, Israel terus menghalang umat Islam daripada mengimarahkan masjid tersebut sepenuhnya semasa musim perayaan.

SUMBER: Agensi Anadolu

↑
Exit mobile version