KAJANG: Sokongan untuk perjuangan penduduk Palestin datangnya daripada pelbagai pihak. Semalam MAPIM Malaysia melalui Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol, Setiausaha Agung MAPIM berkesempatan ke Ibu Pejabat Penjara Malaysia bagi menerima sumbangan untuk Tabung Palestin yang disampaikan oleh Komisioner Penjara Ariffin bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
Komisioner Penjara Ariffin bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Pertemuaan itu juga dihadiri oleh Timbalan Komisioner Penjara Anathurai a/l Kalimuthu, Yang Dipertua Kelab Kebajikan & Sosial Kakitangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Timbalan Komisioner Penjara Dr. Kausalya Devi a/p Sathoo, Naib Yang Dipertua I Kelab Kebajikan & Sosial Kakitangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
Timbalan Komisioner Penjara Anathurai a/l Kalimuthu, Yang Dipertua Kelab Kebajikan & Sosial Kakitangan Ibu Pejabat Penjara MalaysiaTimbalan Komisioner Penjara Dr. Kausalya Devi a/p Sathoo, Naib Yang Dipertua I Kelab Kebajikan & Sosial Kakitangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Turut hadir adalah, Penguasa Penjara Jalelah binti Hj. Ismail, Biro Kebajikan dan Sosial Kelab Kebajikan & Sosial Kakitangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Ketua Inspektor Penjara Fadli bin bin Abd Ghani Setiausaha Kelab Kebajikan & Sosial Kakitangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, dan Puan. Noraini binti Yaakub, Biro Kebajikan dan Sosial Kelab Kebajikan & Sosial Kakitangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
Penguasa Penjara Jalelah binti Hj. Ismail, Biro Kebajikan dan Sosial Kelab Kebajikan & Sosial Kakitangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Puan. Noraini binti Yaakub, Biro Kebajikan dan Sosial Kelab Kebajikan & Sosial Kakitangan Ibu Pejabat Penjara MalaysiaKetua Inspektor Penjara Fadli bin bin Abd Ghani, Setiausaha Kelab Kebajikan & Sosial Kakitangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Idea bagi mengumpulkan sumbangan untuk rakyat Palestin ini datangnya daripada Tuan Anathurai, sebagai Yang Dipertua Kelab. Menurutnya, sumbangan ini adalah kutipan daripada kakitangan dan pegawai penjara sendiri.
Selepas mengumpulkan sumbangan, Inspektor Penjara Muhammad Hambali bin Ahmad Aziz, Biro Agama Kelab Kebajikan & Sosial Kakitangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, memilih MAPIM Malaysia bagi menguruskan sumbangan itu.
Menurut Hambali, “Saya pilih MAPIM setelah saya berdaftar sebagai sukarelawan MAPIM. Saya sudah lama mengikuti MAPIM melalui info-info yang dikongsikan oleh aktivis MAPIM Heliza Helmi.”
Mengulas lanjut tentang perjumpaan itu, Mejar Zulhanis mengatakan,
Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol, Setiausaha Agung MAPIM Malaysia
“MAPIM Malaysia sangat berbesar hati kerana pihak penjara Malaysia memberi kepercayaan penuh kepada kita. Ini juga menunjukkan bahawa isu Palestin merentasi bangsa dan agama. Pihak penjara juga membuktikan mereka sebenarnya tidak terpisah dengan masyarakat, dan kami mengharapkan tindakan pihak penjara ini akan menjadi inspirasi untuk lebih ramai rakyat Malaysia.”
Dalam pertemuan itu juga MAPIM Malaysia menawarkan kepakaran mereka bagi membantu dalam pembangunan sahsiah banduan, sama ada dalam motivasi dan juga bengkel penulisan buku untuk pegawai dan banduan penjara. ———————————————–
MASA UNTUK BERTINDAK! Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.