Kanak-kanak Perempuan Palestin Maut Ditembak Tentera Israel di Gaza

Seorang gadis Palestin berusia 13 tahun dilaporkan menghembuskan nafas terakhir akibat kecederaan parah selepas ditembak oleh tentera Israel, di tengah-tengah siri pelanggaran gencatan senjata yang berterusan di Semenanjung Gaza.

Mangsa, Saba Naim Abdullah al-Hashash, maut akibat kecederaan di bahagian kepala selepas ditembak dua hari lalu di kawasan Al-Iqlimi, Al-Mawasi, yang terletak di selatan Khan Younis.

Bedilan Artileri dan Serangan Laut Berterusan

Selain insiden tembakan tersebut, beberapa siri pencerobohan baharu turut dilaporkan berlaku di sekitar wilayah berkenaan:

Menurut data daripada Kementerian Kesihatan Gaza, mencatatkan sekurang-kurangnya 1,258 rakyat Palestin telah terkorban manakala 4,139 yang lain cedera akibat pelbagai siri pencerobohan rejim Israel sejak perjanjian gencatan senjata dikuatkuasakan pada Oktober 2025.

Secara keseluruhannya, kempen ketenteraan Israel sejak Oktober 2023 telah mengorbankan lebih 73,000 nyawa, mencederakan melebihi 174,000 penduduk, serta memusnahkan hampir 90 peratus infrastruktur asas di wilayah enklaf berkenaan.

Sumber: Anadolu Agency (AA) via TRT World

Exit mobile version