Kumpulan Muslim Perancis Kecam Penandaan Nombor pada Tahanan Palestin

Majlis Agama Islam Perancis (CFCM) menzahirkan rasa marah dan kecaman keras berhubung laporan tindakan tentera Israel yang menanda nombor pada dahi dan anggota badan tahanan Palestin di Tebing Barat yang diduduki.

Dalam satu kenyataan rasmi pada Rabu, CFCM menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tindakan biadab yang membanggkitkan memori zaman kegelapan sejarah Eropah, merujuk kepada amalan penyahhumanan (dehumanisation) manusia kepada sekadar angka.

Bidasan CFCM & Pengajaran Sejarah

“Penyahhumanan sesuatu kaum sentiasa menjadi peringkat pendahuluan atau disertai pembunuhan beramai-ramai. Maruah manusia tidak boleh diaplikasikan secara selektif, ia mesti dipertahankan untuk setiap manusia tanpa mengira asal usul, agama, atau kewarganegaraan,” tegas CFCM.

Gesaan Campur Tangan Antarabangsa

CFCM menggesa kerajaan Perancis, Kesatuan Eropah (EU), dan komuniti antarabangsa agar tidak membiarkan pelanggaran undang-undang kemanusiaan ini berterusan. Mereka menuntut tindakan tegas bagi menghentikan keganasan harian oleh tentera Israel dan pencerobohan berterusan oleh peneroka haram di Tebing Barat.

Sumber Berita: TRT World / Agensi Anadolu (AA)

Exit mobile version