Lebih 2,200 Serangan Melanda Tebing Barat Julai Lalu: Keganasan Peneroka Haram Israel Capai Tahap Rekod

Tentera penceroboh Israel dan kelompok peneroka haram dilapor melancarkan sebanyak 2,256 serangan ke atas rakyat Palestin serta harta benda mereka di seluruh Tebing Barat yang diduduki sepanjang bulan Julai lalu.

Menurut laporan bulanan Suruhanjaya Penjajahan dan Penentangan Tembok Palestin, angka berkenaan mencatatkan peningkatan keganasan peneroka haram ke tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini, merangkumi serangan terhadap kawasan perumahan, tanah pertanian, dan kebun zaitun.

Ketua Suruhanjaya, Muayyad Shaaban mendedahkan bahawa daripada keseluruhan insiden tersebut, sebanyak 1,458 serangan dilakukan oleh tentera penceroboh Israel, manakala 798 lagi dilakukan oleh kelompok peneroka haram.

“Serangan tentera tertumpu di beberapa kawasan utama termasuk Ramallah dan al-Bireh (260 serangan), Nablus (247), Jenin (190), Bethlehem (185) serta Hebron (170).

“Bilangan serangan peneroka haram ini merupakan rekod terbaharu yang belum pernah terjadi, dengan Nablus mencatatkan insiden tertinggi iaitu 228 kes, diikuti Hebron (212) dan Ramallah (153). Sejak awal tahun ini sahaja, peneroka haram telah melakukan 4,286 serangan,” kata Shaaban.

Angka Korban, Kemusnahan Pokok Zaitun Dan Perobohan Rumah

Serangan sepanjang Julai lalu mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin, termasuk empat nyawa yang terkorban semasa serangan ganas peneroka haram di kampung Tell, berhampiran Nablus.

Laporan itu turut mendokumenkan kemusnahan harta benda yang teruk:

Dalam perkembangan terbaharu, peneroka haram turut cuba menubuhkan 29 pos penempatan baharu sepanjang bulan berkenaan, manakala pihak berkuasa Tel Aviv meluluskan rancangan pembinaan 1,128 unit penempatan haram baharu di atas tanah Palestin seluas 1,172 dunam (289.6 ekar).

Sejak meletusnya perang ke atas Gaza pada Oktober 2023, siri serbuan tentera dan keganasan peneroka haram di Tebing Barat telah mengorbankan lebih 1,182 rakyat Palestin, mencederakan kira-kira 13,000 orang, dan menyaksikan hampir 24,000 penduduk ditahan oleh rejim Israel.

Sumber: Agensi Anadolu / TRT World

Exit mobile version