Masjid Al-Aqsa Ditutup Paksa: MAPIM, MANAR & SHURA Gesa Tindakan Segera Komuniti Antarabangsa

Gabungan tiga pertubuhan Islam utama meluahkan kebimbangan dan kemarahan yang amat sangat berikutan tindakan pihak berkuasa penjajah Israel yang menutup sepenuhnya pintu Masjid Al-Aqsa secara paksa.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Perikatan Masjid Sedunia Mempertahankan Al-Aqsa (MANAR), dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) menyifatkan sekatan penuh ke atas kawasan suci umat Islam itu sebagai satu eskalasi berbahaya yang mencabuli kebebasan beragama, undang-undang antarabangsa, serta status sejarah Al-Quds Al-Sharif.

Tindakan Hukuman Kolektif

Kenyataan bersama itu menegaskan bahawa tindakan menghalang jemaah daripada beribadat di Al-Aqsa bukanlah sekadar langkah keselamatan, sebaliknya ia adalah satu bentuk “hukuman kolektif” dan percubaan terang-terangan untuk mengawal tapak suci milik mutlak umat Islam.

“Sebarang pencerobohan terhadapnya akan dirasai oleh seluruh umat. Sikap membisu berdepan tindakan ini berisiko menormalisasikan pencabulan yang mengancam kesucian dan identiti sejarah kota suci tersebut,” tegas kenyataan itu.

Mereka turut memberi amaran bahawa sekatan berterusan dan kawalan pentadbiran penjajah ke atas Al-Aqsa bakal mewujudkan keadaan yang boleh mencetuskan ketidakstabilan serantau yang lebih besar.

Lima Gesaan Utama kepada Dunia Islam

Sehubungan dengan insiden yang disifatkan belum pernah berlaku sebelum ini (unprecedented), gabungan NGO berkenaan menyeru para pemimpin Islam, kerajaan, ulama, dan masyarakat sivil global untuk segera bersatu melaksanakan perkara berikut:

Desakan Kepada PBB dan UNESCO

Selain gesaan kepada dunia Islam, MAPIM, MANAR, dan SHURA turut menuntut campur tangan segera daripada organisasi antarabangsa, khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan UNESCO. Langkah campur tangan ini disifatkan amat kritikal bagi menjaga status quo agama dan menghalang sebarang konflik yang lebih meruncing.

“Al-Aqsa bukanlah sekadar isu tempatan, ia adalah tanggungjawab moral global. Ummah tidak boleh kekal tidak acuh apabila tempat suci kita diancam,” tambah kenyataan itu lagi.

Kenyataan media tersebut ditandatangani bersama oleh Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid; Pengerusi MANAR, Datuk Seri Syekh Ahmad Awang; dan Pengerusi SHURA, Dato’ Wira Ustaz Abdul Ghani Samasudin.

Exit mobile version