Motosikal Dilarang Masuk SIC Sepanjang F1 Grand Prix Hujung Minggu Ini

Penunggang motosikal awam dilarang memasuki kawasan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sepanjang penganjuran Formula 1 (F1) Grand Prix hujung minggu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, menjelaskan bahawa keputusan ini merupakan sebahagian daripada pelan pengurusan trafik baharu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas luar biasa yang sering berlaku sejak litar itu beroperasi pada tahun 1999.

Kawalan Akses & Pengangkutan Awam

Kawalan Ketat PDRM

Ketua Polis Daerah KLIA, ACP M Ravi, memaklumkan bahawa sekatan saringan ketat dan pelencongan lalu lintas akan dilaksanakan di lapan check point bermula pagi Jumaat. Seramai 700 pegawai dan anggota polis Kontinjen Selangor akan ditugaskan mengawal aliran trafik dan keselamatan. Orang ramai yang tidak mempunyai tiket acara atau pas parkir dinasihatkan supaya tidak hadir kerana akan dilencongkan serta-merta.

SUMBER: BERNAMA

↑
Exit mobile version