Pasukan Israel Serbu dan Tutup Stesen Radio Al-Quran di Tebing Barat

Pasukan rejim Israel telah menyerbu ibu pejabat Radio Al-Quran Al-Huda di bandar Qalqilya, Tebing Barat yang diduduki, sebelum bertindak menutup stesen berkenaan dan merampas pelbagai peralatan penyiaran.

Menurut sumber tempatan, sekumpulan besar tentera Israel yang diiringi jentolak memasuki bandar tersebut sebelum menyerbu pejabat stesen radio berkenaan. Pihak berkuasa rejim bertindak menyita kelengkapan penyiaran serta harta benda lain, namun jumlah keseluruhan barangan yang dirampas dan tempoh penutupan stesen tersebut masih belum dipastikan.

Dituduh ‘Sokong Keganasan’

Tentera Israel turut menampal sekeping notis larangan di pintu masuk stesen berkenaan yang menyatakan bahawa persatuan tersebut diisytiharkan sebagai organisasi tidak sah.

“Persatuan ini telah diisytiharkan sebagai organisasi yang menyalahi undang-undang dan ditutup kerana penglibatan serta sokongannya terhadap keganasan,” menurut kenyataan pada notis berkenaan.

Pasukan rejim kerap melancarkan serbuan hampir setiap hari di serata bandar dan pekan di Tebing Barat yang diduduki, yang menyaksikan penahanan ramai penduduk serta kemusnahan harta benda rakyat Palestin.

Situasi Semakin Tegang di Tebing Barat

Siri serbuan tentera dan serangan oleh pendatang haram Israel di seluruh Tebing Barat dilaporkan semakin melonjak sejak tercetusnya perang ke atas Gaza pada Oktober 2023.

Mengikut data rasmi pegawai Palestin, sepanjang tempoh berkenaan:

Sumber: Agensi Anadolu (AA) / TRT World

Exit mobile version