Polis Israel Serbu Majlis Graduasi di Baitulmaqdis Timur, Empat Individu Ditahan

Polis Israel bertindak mengganggu majlis graduasi pelajar Universiti Al-Quds yang berlangsung berhampiran Masjid Al-Aqsa, sebelum menahan empat warga Palestin dalam kejadian di Khan Tankiz pada Isnin.

Pihak Gabenor Baitulmaqdis mengesahkan bahawa mereka yang ditahan untuk soal siasat termasuk Pengarah Pusat Pengajian Baitulmaqdis universiti berkenaan, Youssef al-Natsheh; Pengarah Eksekutif Kluster Pelancongan Baitulmaqdis, Raed Saadeh; artis tempatan Hossam Abu Aisha; serta Hassan al-Louzi.

Serbuan tersebut mencetuskan gangguan ke atas majlis itu di tengah-tengah siri insiden keganasan dan pencerobohan yang melanda seluruh Tebing Barat yang diduduki.

Angka rasmi Palestin menunjukkan bahawa serangan berterusan oleh pasukan rejim dan peneroka haram di Tebing Barat sejak bermulanya konflik di Gaza telah meragut 1,182 nyawa, mencederakan lebih 12,000 orang, dan menyebabkan kira-kira 24,000 individu ditangkap.

Sumber: Anadolu Agency (AA) via TRT World

Exit mobile version