Ranking FIFA: Harimau Malaya ‘Terjun Bebas’ ke Tangga 138 Dunia Akibat Isu Dokumen

Skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya, menerima tamparan hebat apabila kedudukan dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menjunam sebanyak 17 anak tangga, sekali gus meletakkan Malaysia di kedudukan ke-138 dunia.

Berdasarkan kemas kini terbaharu yang dikeluarkan FIFA hari ini, Malaysia kini hanya mengumpul 1,086.22 mata keseluruhan, jatuh mendadak daripada kedudukan ke-121 sebelum ini.

Punca Kejatuhan: Bukan Sekadar Kalah di Padang

Walaupun kekalahan 1-3 kepada Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 semalam menyumbang kepada kemerosotan ini, punca utama “terjun bebas” ini adalah tindakan disiplin daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

AFC telah membatalkan dua kemenangan besar Harimau Malaya sebelum ini:

Isu Pemalsuan Dokumen Pemain

Tindakan keras AFC itu diambil selepas Jawatankuasa Tatatertib dan Etika mendapati Malaysia menurunkan tujuh pemain tidak layak yang terlibat dalam isu pemalsuan dokumen. Pemain-pemain yang dinamakan adalah:

Keputusan ini memadamkan kutipan mata berharga yang sepatutnya membantu melonjakkan ranking negara, sekali gus menyaksikan Malaysia kehilangan kedudukan selesa dalam kelompok 130 terbaik dunia.


SUMBER: BERNAMA

Exit mobile version