Covid19Kemanusiaan

Santuni wira kita!

`Air cooler sejukkan terik khemah

SEPANG : Sumbangan ‘air cooler’ atau penyejuk udara kepada petugas barisan hadapan anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia terus diperluas.
Kali ini di kawasan PKPD Medan 88, Salak Tinggi, Sepang, Selangor.
Menurut Pengarah Domestik MAPIM Malaysia, Kapten Mohd. Faris Hussain, pihaknya terpanggil untuk menyantuni barisan hadapan yang berdepan cuaca yang terik.
Dua unit penyejuk udara dibekalkan kepada khemah `frontliner’ yang bertugas di kawasan tersebut.
“Kita di sini membawa dua jenis bantuan iaitu ‘air cooler’ yang mana kita dapat lihat wira kita ‘frontliner’ bertugas dalam keadaan panas terik maka kita bawa ‘air cooler’ dengan harapan dapat bantu memberi keselesaan dalam melaksanakan tugasan.”
Tambah beliau, yang juga Bendahari MAPIM Malaysia, pihaknya menawarkan pelbagai jenis bantuan dan bergantung kepada keperluan golongan sasar.
“Di kawasan PKPD ini kita dimaklumkan keperluannya melibatkan anggota tentera, polis, JKM, dan APM. Jika ada keperluan lain kami sedia turun menghulurkan bantuan.”
Sementara itu, turut disumbangkan 300 bungkus makanan kepada penghuni di kawasan PKPD tersebut yang ditaja oleh Restoran Al Araby Math’am.
Sebelum ini, MAPIM Malaysia menyumbangkan dua penyejuk udara di PKPD Hentian Kajang dengan kerjasama Rangkaian Restoran Chan Abdullah.
PKPD di Medan 88 Salak Tinggi, Sepang berkuatkuasa bermula semalam dan dijangka tamat pada 25 November ini.
*2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain. Sumbangan boleh dibuat melalui:
ATAU
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button