
Dua pemain skuasy wanita negara, Rachel Arnold dan Aifa Azman, berjaya melangkah ke pusingan kedua kejohanan Terbuka Silicon Valley di Redwood City, Amerika Syarikat.
-
Kemaraan Rachel Arnold: Pemain ranking ke-22 dunia itu menewaskan wakil Ukraine, Alina Bushma (ranking ke-47) dengan keputusan 11-6, 11-9, 13-15, 11-9 pada perlawanan pusingan pertama di SquashZone. Beliau bakal berdepan cabaran sengit daripada pemain ranking ke-10 dunia, Amanda Sobhy (Amerika Syarikat) di pusingan seterusnya, lawan yang pernah menewaskannya dalam tiga pertemuan terdahulu.
-
Kemaraan Aifa Azman: Aifa mengiringi kemaraan tersebut selepas bangkit menewaskan pemain Sepanyol, Marta Dominguez dengan keputusan 3-11, 11-2, 11-3, 11-9. Di pusingan kedua, Aifa akan bertemu rakan senegara, S. Sivasangari, yang mendapat kelebihan bye pada pusingan pembukaan.
SUMBER: BERNAMA