Tokoh Seni Ikonik Palestin Sliman Mansour Meninggal Dunia Pada Usia 79 Tahun

Seniman ikonik Palestin, Sliman Mansour, yang karya-karyanya menjadi simbol ketahanan, identiti, dan ingatan perjuangan rakyat Palestin, telah meninggal dunia pada usia 79 tahun pada Isnin lalu.

Perkhabaran duka tersebut disahkan oleh ahli keluarganya menerusi satu kenyataan rasmi.

“Bab terakhir telah ditulis. Dengan hati yang berat, kami memaklumkan bahawa ayahanda tercinta telah meninggal dunia. Kepada dunia, beliau meninggalkan keindahan dan legasi yang akan terus hidup,” menurut kenyataan itu.

Legasi Half Century Seni & Penentangan

Dilahirkan pada tahun 1947 di Birzeit, Tebing Barat, Mansour merupakan antara figura paling berpengaruh dalam arena seni moden Palestin. Sepanjang lebih lima dekad, beliau bergiat aktif sebagai pelukis, pengukir, penulis, dan kartunis.

Dalam satu tembu bual bersama agensi berita Anadolu pada 2024, Mansour menegaskan bahawa seni baginya adalah medan untuk “memanusiakan semula” rakyat Palestin di mata dunia. Beliau sentiasa meletakkan keterikatan terhadap tanah air sebagai inspirasi utama, sambil membawa mesej keindahan, cinta, dan harapan tanpa sebarang unsur kebencian.

Sumber: TRT World & Agensi (Anadolu Agency / AA)

Exit mobile version