KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri ke-4 & ke-7 Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan positif jangkitan COVID-19 pagi ini.

Dalam satu kenyataan ringkas oleh pejabat beliau di laman twitter rasminya, Ahli Parlimen Langkawi itu telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi tujuan pemantauan untuk beberapa hari.

Menurut kenyataan Pejabat Dr Mahathir itu, tindakan itu dibuat berdasarkan nasihat pasukan keselamatan beliau.