Warga Emas Rugi RM317,000 Terperdaya Sindiket “Rawatan Tradisional”

Seorang suri rumah warga emas berumur lingkungan 70-an menanggung kerugian RM317,000 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menggunakan modus operandi rawatan tradisional dan upacara membuang nasib malang.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan kejadian berlaku di kawasan Pasar Sibu pada 19 Julai. Mangsa didatangi dua wanita warga asing yang mendakwa kononnya mencari kedai ubat tradisional Cina sebelum membawanya menaiki sebuah kenderaan. Salah seorang suspek kemudian mendakwa anak mangsa bakal terlibat dalam kemalangan jalan raya yang serius pada hari berkenaan dan menawarkan upacara perlindungan.

Mangsa yang bimbang akan keselamatan anaknya menyerahkan wang tunai serta barang kemas untuk ritual berkenaan. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan ugutan yang menimbulkan ketakutan serta elak menyerahkan barang berharga kepada individu tidak dikenali.

Antara Poin Utama Laporan:

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version