Banjir

Warga Singapura sumbang 300 bantal dan selimut buat mangsa banjir

BANGI : Peka akan musibah banjir terburuk yang melanda Malaysia dalam 50 tahun, warga Singapura tidak ketinggalan menyumbang sebanyak 300 bantal dan selimut khusus untuk mangsa yang terjejas.

300 bantal dan selimut disumbangkan oleh Singapura kepada mangsa banjir di Malaysia

Penasihat Syariah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Prof Madya Dato’ Dr Izhar Ariff memaklumkan bantuan bantal dan selimut daripada saudara di Singapura ini bertujuan  meringankan beban mangsa banjir di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia,  (Dr.) Sani Araby, menerusi hantaran di Facebook berkata kesemua bantuan ini akan terus digerakkan dan diagihkan kepada mangsa banjir di tujuh buah negeri secara langsung.

Hantaran Facebook (Dr.) Sani Araby

Saat kita disini diuji, Allah hadirkan saudara-saudara jauh yang juga terasa perit melihat ujian banjir yang sedang kita lalui. Sesungguhnya persaudaraan ini terlalu manis dan erat sebagai sebuah keluarga besar.” – Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia,  (Dr.) Sani Araby

Pada masa sama, beliau turut menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada warga Singapura kerana sudi menyumbangkan barangan tersebut yang sedang dihantar ke MAPIM Central Warehouse untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Sementara itu, MAPIM Malaysia berbesar hati menjemput orang ramai memberi sumbangan berbentuk kewangan dan juga barangan kepada mereka untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di tujuh negeri terbabit.


MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button