KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya TH Travel & Services Sdn Bhd untuk Musim Haji 1444H/2023.
Pengarah Eksekutif Haji TH, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pemilihan PJH adalah bagi memastikan syarikat-syarikat pelancongan tempatan memiliki kapasiti yang teguh, kepakaran dan pengalaman yang mencukupi serta berwibawa supaya mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik serta sentiasa menjaga kebajikan jemaah haji negara.
Mana-mana syarikat pelancongan berdaftar boleh memohon untuk menjadi PJH yang berlesen dan dipilih secara tahunan setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Musim haji kali ini juga terdapat syarikat PJH yang baru diluluskan lesen bagi memberi pilihan yang lebih banyak kepada bakal haji.
“TH ingin mengingatkan semua bakal jemaah haji yang berhasrat ingin menunaikan haji tahun ini untuk lebih berhati-hati dan memilih pakej yang disediakan oleh syarikat-syarikat PJH yang dilesenkan ini sahaja,” kata beliau semasa majlis penyerahan Lesen PJH di Menara TH Tun Razak.
“Bakal haji yang berhasrat menunaikan haji melalui PJH perlu mendaftar dengan syarikat pilihan mereka selepas menerima surat tawaran menunaikan haji,” tambah beliau.
Selain itu, Dato’ Sri Syed Saleh juga berkata adalah satu kesalahan sekiranya syarikat pelancongan yang tidak mempunyai Lesen PJH mengiklankan tawaran pakej haji atau mengelola perkhidmatan haji kerana melanggar Seksyen 27, Akta Tabung Haji 1995.
Mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa mendapat kelulusan daripada TH boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta TH.
Sebagai peringatan tambahan, rakyat Malaysia hendaklah patuh kepada peraturan Kerajaan Arab Saudi iaitu menggunakan Visa Haji bagi mengerjakan haji dan bukan visa pelancongan yang tidak dibenarkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
INFOGRAFIK
23 SYARIKAT PENGELOLA JEMAAH HAJI 1444H / 2023M
'Yang sahih di Berita RTM'#RTM #BeritaRTM #MalaysiaMadani pic.twitter.com/o7acFEETPq
— Berita RTM (@beritartm) February 1, 2023
Berikut adalah senarai Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diberikan lesen oleh Tabung Haji.
Tabung Haji Travel, Andalusia Travel, Alif Travel & Tours, Albalad Travel & Tours, Batuta Travel & Tours Sdn Bhd, CSHolidays, Citra Travel & Tours Sdn Bhd, Eiman Travel Malaysia, Emraz Travel & Tours Sdn Bhd, Felda Travel, Gemilang Travel And Tours, JAD Travel & Tours (M), Juara Travel & Tours, MIMM Travel & Tours, MKM Ticketing Travel & Tours, Rayhar Travels, TMTours & Travel, TRI-D Travel & Tours, Utas Travel & Worldwide Holidays, Wira Saujana Travel & Tours, Syarikat Pelancongan Yaskin, Zahafiz Travel & Tours dan Az Zuha Group Travel & Tours.
BACA JUGA
MAPIM Rangers nekad bantu mangsa banjir di Mersing
Mari melaksanakan ibadah korban 2023/1444H bersama MAPIM Malaysia.
Mengapa MAPIM Malaysia?
✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.
Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.
Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.
“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)
Sertai ibadah korban bersama MAPIM Malaysia, layari www.ibadahqurban.com
ATAU
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016.
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia