Covid19Semasa

Novavax mula pembuatan vaksin khas lawan Omicron mulai Januari tahun depan

Vaksin Covid-19 bagi varian Omicron, Novavax akan mula dibuat secara komersial bermula Januari depan.

Fungsi terhadap varian baharu yang dikenal pasti ini atau sebaliknya turut diuji dalam masa yang sama.

Hasil data makmal yang akan menunjukkan antibodi daripada individu yang sebelum ini mengambil suntikan dos vaksin Novavax yang boleh meneutralkan varian itu dijangka dibentangkan dalam beberapa minggu akan datang

Novavax dalam satu kenyataan turut menjelaskan, pihaknya sudah mula membangunkan antigen ‘protein spike’ Omicron khusus dan akan memulakan ujian makmal vaksin baharu untuk menyasarkan varian itu dalam beberapa minggu.

Setakat ini, syarikat farmaseutikal lain yang turut melakukan langkah sama adalah Moderna dan Pfizer.

Sebelum ini, Novavax menerima kelulusan penggunaan kecemasan pertama di Indonesia pada awal November lalu diikuti di Filipina.

– AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button