
CYBERJAYA : Seramai 65 pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Seri Putri, di sini disahkan dijangkiti Covid-19.
Kesemua pelajar tersebut dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin menerusi ciapan di Twitternya sebentar tadi.
Malah, Radzi turut berkesempatan hadir ke sekolah itu bagi meninjau perkembangan kes jangkitan.
Selepas mesyuarat lewat petang tadi, saya dimaklumkan terdapat kes positif COVID-19 di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.
Saya bersama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia terus ke sekolah berkenaan malam ini untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan di sana.
(1/2) pic.twitter.com/UzPGK1nkal
— Radzi Jidin (@RadziJidin) December 1, 2021
“Saya sudah tiba di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya sekarang ini. Seramai 65 orang pelajar Tingkatan 1 dan 2 disahkan positif Covid-19. Ini merupakan kali pertama SBP kena kes sebanyak ini.
“Pada mulanya seorang guru dijangkiti Covid-19, malah saringan kontak rapat kemudian mendapati terdapat seorang lagi guru dan enam murid positif Covid-19.
Menurutnya, ketika itu, pelajar yang positif kekal berada di sekolah dan dalam pemantauan pihak sekolah.
Mengulas lanjut, ujian saringan dijalankan kepada lebih 200 pelajar oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang sebagai inisiatif mengurangkan jumlah pelajar.
“Hari ini pihak PKPD akan menjalankan saringan kendiri air liur kepada baki murid untuk melihat sekiranya masih ada yang positif Covid-19.
Difahamkan, seramai 60 pelajar sudah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.
Manakala, baki ratusan pelajar masih di asrama menunggu ujian saringan Covid-19 dilakukan kepada mereka.
Oleh Hafeez Anuar