
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Profesor Dr Mariana Mazzucato, pakar ekonomi inovasi dan Pengarah Pengasas Institut bagi Inovasi dan Tujuan Awam, Kolej Universiti London (UCL).
Menurut Anwar dalam hantaran di Facebook, pertemuan itu membincangkan strategi berorientasikan misi untuk menggalakkan kerjasama awam-swasta bagi memacu pelaburan hijau, inovasi teknologi dan transformasi digital.
Turut dibincangkan ialah keperluan memperkukuh perkhidmatan awam yang moden dan tangkas, serta langkah menangani cabaran sistemik, memupuk inovasi dan membina kemahiran masa depan demi kejayaan transformasi jangka panjang negara.
— BERNAMA