PalestinSemasa

EU dan Kanada Mengutuk Serangan Peneroka Israel Terhadap Rakyat Palestin dan Diplomat Eropah

Kesatuan Eropah (EU) dan Kanada meluahkan kecaman keras berhubung siri serangan peneroka haram Israel di Tebing Barat yang diduduki, termasuk serangan yang disasarkan secara langsung terhadap diplomat Eropah. Kedua-dua pihak mendesak agar pertanggungjawaban penuh (full accountability) dilaksanakan serta merta.

Menerusi kenyataan rasmi secara berasingan, perkhidmatan diplomatik EU dan Menteri Luar Kanada, Anita Anand, menuntut pihak berkuasa Israel melindungi orang awam Palestin serta diplomat asing dan menghentikan siri keganasan yang semakin meluas.

Kecaman Kesatuan Eropah (EU) dan Kanada

  • Tuntutan EU: EU mengutuk tindakan peneroka bertopeng dan menegaskan bahawa kecaman lisan oleh beberapa pegawai Israel tidak mencukupi tanpa tindakan penguatkuasaan undang-undang yang berkesan. Blok itu turut menggesa Israel mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan menghentikan pembinaan penempatan haram secara meluas.

  • Kenyataan Kanada: Anita Anand menyifatkan serangan ke atas delegasi diplomat dari Belgium, Perancis, dan Poland berhampiran Taybeh sebagai sebahagian daripada corak keganasan (broader pattern of settler violence) yang merosakkan prospek keamanan. Beliau mengingatkan Israel bahawa sebagai kuasa pendudukan (occupying power), mereka bertanggungjawab secara hukum untuk melindungi diplomat dan penduduk awam.

Kegagalan Respon Pasukan Keselamatan Israel

  • Kelewat Tindakan Tentera: Radio Tentera Israel melaporkan bahawa pasukan tentera dan polis hanya tiba di lokasi tiga jam selepas menerima maklumat serta bukti rakaman video serangan berkenaan.

  • Kritikan Pembangkang Dalaman Israel: Ketua parti pembangkang Yisrael Beiteinu, Avigdor Lieberman, menuduh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bersama menteri pertahanan dan keselamatan negaranya gagal membendung keganasan peneroka haram, sekali gus menghakis sokongan antarabangsa terhadap Israel.

SUMBER: Anadolu Agency & TRT World

Related Articles

Back to top button