Semasa
Amaran hujan berterusan waspada di utara Semenanjung

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) keluarkan amaran hujan berterusan waspada di beberapa negeri utara semenanjung berkuat kuasa hari ini.
Ketua Pengarah MET Malaysia memaklumkan lekukan tropika yang dicerap di perairan utara Sumatera sedang bergerak ke arah timur menghampiri utara Semenanjung.
Sekali gus, menyebabkan hujan berterusan dan angin kencang di negeri-negeri utara semenanjung meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian dan Larut, Matang dan Selama).
#metmalaysia#KementerianAlamSekitarDanAir#KeluargaMalaysiaSiagaBencana pic.twitter.com/ZmRYYR3KB1
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 21, 2021