Covid19Dunia

Bali dibuka semula kepada pelancong asing mulai 4 Februari

JAKARTA : Sebagai langkah untuk memulihkan ekonomi yang terjejas akibat pandemik Covid-19, Indonesia mengumumkan pembukaan semula Bali secara berperingkat kepada pelancong antarabangsa mulai 4 Februari ini.
Meskipun jumlah kes Covid-19 pada Januari menunjukkan peningkatan yang stabil, kerajaan tetapkan pengurangan tempoh kuarantin mandatori kepada lima hari berbanding tujuh hari kepada pengembara yang sudah lengkap divaksin.
Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan berkata pengembara yang hanya menerima satu dos vaksin masih perlu menjalani kuarantin tujuh hari.

“Strategi perlu diubah untuk sejajar dengan jumlah kes yang tinggi akibat penularan tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan memberi penekanan kepada pengagihan semula kemudahan kuarantin bagi mengutamakan pesakit Covid-19 domestik berbanding pengembara.
Pada pertengahan Januari, Kementerian Kesihatan menganggarkan jangkitan varian Omicron di negara itu akan mencapai kemuncaknya pada penghujung Februari.
-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button