BanjirSemasa

BALING BANJIR: Kerajaan Selangor hantar bantuan pascabanjir

Misi Selangor Penyayang itu dilancarkan sebagai usaha pemulihan keperluan asas mangsa

SHAH ALAM: Solidariti bersama rakyat Kedah terutamanya mangsa banjir di Baling yang ditimpa musibah, pagi ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengerakkan 209 anggota, 20 orang sukarelawan dan 33 jentera ke sana dalam misi bantuan pascabanjir.

Misi Selangor Penyayang itu dilancarkan sebagai usaha pemulihan keperluan asas agar mangsa yang terjejas dapat segera pulang ke rumah masing-masing. Tumpuan misi adalah bagi memulihkan keperluan asas untuk 1,424 penduduk di 12 kampung yang terjejas termasuk mengalihkan pokok-pokok dan menghubungkan jalan yang terputus serta kerja-kerja pembersihan di rumah mangsa banjir.

“Bantuan ini diharapkan dapat mengurangkan bebanan sahabat-sahabat kita di Kedah selain menjadi kesediaan untuk Selangor termasuk sebagai latihan lapangan yang mungkin berlaku dan pernah pun berlaku pada tahun lepas. Ini juga adalah sebahagian persediaan kami menghadapi musim tengkujuh pada akhir tahun ini.” jelas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika sidang akhbar selepas Pelepasan Konvoi Misi Selangor Penyayang: Bantuan Pasca Banjir Baling Kedah di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu.

Seramai 209 anggota terpilih yang terdiri daripada 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sukarelawan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS). Selain daripada para sukarelawan, lebih 33 jentera merangkumi lori Roll-On-Roll-Off (RORO), kenderaan pacuan empat roda, jentolak, water tanker dan 112 peralatan untuk pembersihan daripada Skuad PANTAS turut dihantar ke sana.

Mereka akan berada di 12 lokaliti yang telah ditentukan untuk membantu proses pembersihan bermula hari ini (Rabu) sehingga Jumaat.

Media sejak Selasa melaporkan kejadian banjir dan fenomena kepala air yang berlaku pada Isnin petang di Baling, Kedah. Musibah itu turut mengorbankan tiga beranak manakala tujuh rumah musnah dihanyutkan arus deras.


MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button