BanjirDomestikKerohanianPendidikanSemasa

Bolehkah solat jamak ketika banjir?

Tiada siapa yang boleh jangka, bilakah musibah akan datang di sesuatu kawasan. Bencana yang melanda tanpa amaran dan persediaan sudah pasti mengakibatkan berlaku kemusnahan dan kerosakan di sesuatu tempat.

Suasana hujan yang berpanjangan mungkin boleh menjadi punca berlakunya banjir di suatu kawasan.

Dalam keadaan yang hiruk pikuk sambil mengemas keadaan tempat yang dilanda banjir, sudah pasti terdetik di hati untuk mendirikan solat.

Menjadi persoalan, adakah solat boleh dijamakkan ketika berlakunya banjir?

Merujuk penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, apabila berlakunya banjir rata-rata mangsa banjir akan ditempatkan di penempatan sementara seperti dewan orang ramai, sekolah-sekolah, dan sebagainya.

Oleh itu, menunaikan solat secara jamak tidak dibolehkan, ini kerana pada situasi tersebut, mangsa banjir ditempatkan secara beramai-ramai dan kawasan penempatan tersebut kering dan lapang.

Berkumpulnya mereka di situ sudah membolehkan mereka untuk solat berjemaah pada setiap solat fardhu.

Namun, di sisi mazhab Syafi’e solat Jamak ketika hujan dibenarkan berpandukan hadis Nabi Muhammad SAW, tetapi para fuqaha’ menetapkan untuk melalukan solat jamak ketika hujan perlu mematuhi beberapa syarat tertentu iaitu:

  1. Solat jamak mestilah Jamak Taqdim iaitu dimulakan dengan solat yang awal (Zuhur atau Maghrib) dan mesti diniatkan dalam solat yang pertama, selewat-lewatnnya sebelum memberi salam bagi solat pertama.
  2. Solat yang kedua seperti Asar atau Isya’ mestilah dilakukan secara berjemaah di masjid. Tidak disyariatkan untuk solat berjemaah pada solat yang pertama dan dibolehkan untuk solat bersendirian pada solat pertama. Apabila imam mengisytiharkan untuk menjamakkan solat, seluruh ahli jemaah perlu solat jamak walaupun ada yang tinggal berdekatan dengan masjid kerana dalam peristiwa solat jamak disebabkan hujan pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda sendiri mengimamkan solat sedangkan rumah Baginda bersebelahan dengan masjid.
  3. Solat jamak mestilah dilakukan di masjid yang jauh jaraknya sehingga hujan itu memberi kesan kepada orang yang hendak menunaikan solat bukannya di rumah. Sekiranya rumah berdekatan dengan masjid, tidak dibolehkan jamak.
  4. Jamak tidak boleh dilakukan, melainkan hujan yang membasahi pakaian. Hujan yang tidak membasahkan pakaian, tidak boleh solat Jamak kerana ia tidak memberi kesan mudarat pada pakaian. Begitu juga salji, hukumnya adalah sama seperti hujan.

Justeru itu, bencana alam ini sebagai satu bala yang menimpa manusia sebagai ujian terhadap tahap keimanan dan kesabaran yang mengankat darjat seorang manusia. Begitu juga, dengan bencana yang berlaku bukanlah kebencian Allah semata-mata bahkan mengandungi rahsia dan rahmat Allah yang begitu luas untuk hambanya.

Related Articles

Back to top button