SemasaSukan

BAM kutuk serangan siber terhadap pemain badminton negara

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengecam keras tindakan segelintir individu yang melemparkan komen serta mesej berunsur penghinaan dan ugutan terhadap pemain badminton negara di media sosial baru-baru ini.

Dalam kenyataannya hari ini, BAM menegaskan bahawa tidak ada ruang untuk kebencian, intimidasi atau diskriminasi dalam dunia sukan mahupun masyarakat, sambil menekankan bahawa keselamatan serta kebajikan pemain sentiasa menjadi keutamaan badan induk itu.

“BAM mengecam sekeras-kerasnya tingkah laku sedemikian dan menggesa semua pihak agar menyuarakan pandangan dengan penuh rasa hormat serta secara positif,” menurut kenyataan tersebut.

BAM turut memaklumkan akan terus memantau keadaan dengan teliti dan memberikan sokongan kepada pemain sekiranya diperlukan.

Sumber: Bernama

Related Articles

Back to top button